Monday, June 23, 2014

Kemuliaan Shalawat kepada RASULLULLAH S.A.W.

Rasullullah S.A.W. telah bersabda bahawa,
"Malaikat Jibrail A.S, Mikail A.S., Israfil A.S. dan Izrail A.S. telah berkata kepadaKu."


Berkata Jibrail A.S.:
"Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca Shalawat keatasmu tiap tiap hari sebanyak sepuluh kali (10x), maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian Siratul Mustaqiim seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S.:
"Mereka yang Bershalawat keatas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S.:
"Mereka yang Bershalawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T.  Dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata.:
"Bagi mereka yang Bershalawat keatasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh Para Nabi-Nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberi jaminan masing-masing untuk orang-orang yang Bershalawat keatas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukan ini,  diharap pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk Bershalawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah S.W.T., Rasul dan Para Malaikat. Insya Allah.


Rasulullah s. a. w. bersabda,
"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"
    

 


 

No comments:

Post a Comment